[SERUAN LAPORAN POLIS KE ATAS AHLI POLITIK DAN MEDIA]
Memandangkan ada pihak yang sengaja memetik ceramah Dr Zakir Naik di luar konteks sehingga menyebabkan ramai yang gelisah dan menjadikan hubungan antara kaum dan agama semakin tegang, maka saya ingin menyeru sahabat yang cintakan keamanan & keharmonian negara untuk sama-sama membuat laporan polis terhadap individu-individu serta media yang tidak bertanggungjawab itu:
•DRAF LAPORAN POLIS•
Saya, _____________ (No KP:_____________)
yang beralamat di ______________________ ingin membuat satu laporan polis terhadap beberapa individu berikut;
1. Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran s/o V Murugeson menerusi berita yang disiarkan di Malaysiakini pada 13 Ogos 2019 - https://www.malaysiakini.com/news/487717
2. Dennis J Ignatius, bekas Duta Malaysia ke Argentina menerusi artikel di Free Malaysia Today (FMT) pada 13 Ogos 2019 - https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/08/13/why-empower-a-demagogue-like-zakir-naik/
3. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy s/o Palanisamy menerusi artikelnya di Free Malaysia Today pada 11 Ogos 2019 - https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/08/11/naik-should-not-question-loyalty-of-hindus-in-malaysia/
4. Adun Bagan Dalam, Satees a/l Muniandy menerusi berita di Malaysiakini pada 12 Ogos 2019 - https://www.malaysiakini.com/news/487690
5. Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago menerusi komennya di Malaysiakini yang disiarkan pada 13 Ogos 2019 - https://www.malaysiakini.com/news/487804
(‘individu-individu tersebut’), di mana individu-individu tersebut telah dengan sengaja memetik sedutan ceramah Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini di luar dari konteks yang dimaksudkan.
Tindakan beberapa individu-individu tersebut telah menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Dr Zakir Naik dan juga agama Islam serta menjadikan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia menjadi semakin tegang. Kenyataan mereka itu sangat tidak bertanggungjawab yang saya risaukan akan mencetuskan rusuhan kaum dan agama di Malaysia.
Oleh itu, saya memohon pihak polis menyiasat beberapa individu itu serta Free Malaysia Today & Malaysiakini yang menyiarkan kesemua berita dan artikel oleh beberapa individu tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.
Saya menyeru siasatan dijalankan secara segera demi keharmonian negara dan tindakan tegas diambil dengan kadar yang segera bagi mengelakkan pihak tersebut terus membakar api perkauman dan agama di Malaysia.
•[END OF REPORT]•
Saya merayu sahabat semua bersegera membuat laporan polis hari ini juga serta mengajak sahabat lain untuk melakukan perkara yang sama. Jikalah mereka mampu membuat 115 laporan polis terhadap Dr Zakir Naik, sahabat semua mampu buat lebih dari 1,000 laporan terhadap mereka.
Sebarkan dan buat tindakan sekarang sebelum hubungan antara kaum dan agama menjadi semakin teruk kerana pihak yang berkepentingan ini. Share di WhatsApp & Telegram untuk ajak sahabat semua bertindak SEKARANG!
Disediakan oleh;
Bro Firdaus Wong Wai Hung
~ Presiden Multiracial Reverted Muslims - MRM
~ Duta Rahmah JAKIM (Kerajaan PH 2019)
~ Tokoh Dakwah PAS 2019
~ Tokoh Pendakwah Maal Hijrah Pulau Pinang 1439H (2017)
~ 10 Calon Terbaik Tokoh Dakwah Negara Saudara Kita 2015 (Kerajaan BN)
~ Protege Dr. Zakir Naik
~ Top 3 Participant Dalam International Dawah Training Programme [IDTP] 2016 di Mumbai, India yang dikendalikan oleh Dr. Zakir Naik